Menjaga kesihatan jasmani, menyantuni keperluan rohani.
Jagaan kejururawatan dan pemulihan di sebuah banglo dua tingkat yang tenang dan berlaman hijau. Dipantau doktor, dijaga penuh kasih, dengan solat dan tadarus sebahagian daripada hari mereka.
Seksyen 9, Shah Alam. Kawasan perumahan matang, dekat dengan bandar.Satu tujuan… selamat dan selesa.
Royal Care diasaskan oleh sekumpulan doktor dan pengamal kesihatan dengan satu tujuan: memberi jagaan warga emas yang benar-benar membawa perbezaan. Setiap penghuni ada keperluan yang berbeza, jadi setiap pelan jagaan dibina khusus untuk mereka.
Ramai anak sibuk bekerja dan sukar menjaga ibu bapa sepenuh masa. Ada yang perlukan sokongan selepas keluar hospital atau semasa pulih daripada sakit. Royal Care hadir supaya keluarga tenang, dan ibu bapa dijaga dengan baik.
"Lebih daripada pusat jagaan. Di sini, mereka keluarga kami."
Ketenangan untuk anda. Jagaan terbaik untuk mereka.
Pemantauan doktor
Jagaan dipandu oleh doktor dan profesional kesihatan, dengan semakan dua kali seminggu.
Kesihatan dipantau
Ubat, tanda vital, mobiliti dan keadaan harian direkod supaya perubahan dikesan awal.
Kesejahteraan rohani
Bantuan solat, tadarus dan pembelajaran al-Quran, serta tazkirah bersama ustaz.
Badan aktif, minda cergas
Aktiviti fizikal, kognitif dan sosial setiap hari, disesuaikan dengan kemampuan penghuni.
Selamat & bermaruah
Dasar sifar toleransi terhadap penderaan dan pengabaian. Dijaga seperti keluarga kami sendiri.
Untuk setiap peringkat keperluan.
Daripada bantuan harian yang ringan sehingga jagaan terlantar, kami sesuaikan jagaan dengan keadaan ibu atau ayah anda.
Kemasukan tertakluk kepada penilaian kesihatan dan kesesuaian fasiliti serta perkhidmatan kami.
Rumah yang selesa untuk pulih dan berehat.
Gambar sebenar Royal Care. Teruskan scroll untuk zoom ke banglo kami, dan tekan mana-mana gambar untuk lihat lebih besar.
12345678Rutin yang tersusun, saat yang bermakna.
Solat Subuh & tadarus
Rutin pagi & penjagaan diri
Sarapan & bantuan ubat
Aktiviti fizikal, fisio atau kelas al-Quran
Makan tengah hari & rehat
Aktiviti kognitif & sosial
Penjagaan diri & masa keluarga
Makan malam & rutin petang
Rehat & pemantauan malam
*Rutin ini adalah cadangan sahaja. Jadual sebenar disesuaikan mengikut keadaan kesihatan dan keperluan setiap penghuni, serta kesesuaian masa dan tempat.
Hari yang penuh, bukan hari yang kosong.
Setiap aktiviti disesuaikan dengan tahap kesihatan, pergerakan dan minat penghuni.
Fizikal
- Regangan ringan
- Senaman atas kerusi
- Sesi berjalan
- Latihan imbangan
- Senaman fisioterapi asas
Sosial
- Sembang berkumpulan
- Permainan papan & kad
- Sambutan hari lahir
- Sesi lawatan keluarga
- Aktiviti komuniti
Minda
- Permainan ingatan
- Teka-teki
- Membaca & bercerita
- Mewarna & kraf
- Terapi muzik
Rohani & emosi
- Bantuan solat
- Tadarus & bacaan agama
- Tazkirah & peringatan
- Teman berbual & sokongan emosi
Setiap hari, sedikit lebih kuat.
Teruskan scroll untuk buka album kami.
Setiap hari, sedikit lebih kuat.
Gambar dan video sebenar dari rutin penghuni kami, serta ilustrasi aktiviti harian. Muka penghuni tidak ditunjukkan untuk menjaga privasi mereka.
Tekan gambar untuk lihat besar. Video akan dimainkan.
Tempah lawatanSetiap hari, sedikit lebih kuat.
Gambar dan video sebenar dari rutin penghuni kami, serta ilustrasi aktiviti harian. Muka penghuni tidak ditunjukkan untuk menjaga privasi mereka.
Tekan gambar untuk lihat besar. Video akan dimainkan.
Tempah lawatanJagaan profesional, disesuaikan untuk orang tersayang.
Jagaan & bantuan harian
- Penjaga 24/7
- Mandi, berpakaian & dandanan
- Pengurusan ubat
- Bantuan pergerakan & pemindahan
Kejururawatan
- Penjagaan tiub makan (NG) & kateter
- Rawatan luka
- Pencegahan kudis tekanan
- Pemantauan tanda vital
Pemantauan perubatan
- Semakan doktor dua kali seminggu
- Pemantauan penyakit kronik
- Penilaian kesihatan berkala
- Kemaskini kemajuan untuk keluarga
Pemulihan
- Pemulihan strok
- Koordinasi fisioterapi
- Latihan fungsi & pergerakan
- Pemulihan selepas hospital
Demensia & ingatan
- Pengawasan harian berstruktur
- Persekitaran selamat
- Sokongan tingkah laku
- Jagaan kognitif individu
Makanan & rumah
- 4 hidangan halal sehari
- Diet khas mengikut keperluan
- Pengemasan & dobi
- Aktiviti rekreasi
Premium, dengan harga yang jelas.
Harga jelas dari awal. Semua pakej termasuk makan, penjagaan diri, bantuan ubat dan aktiviti harian.
Bilik berkongsiStandard Care
Bilik berkongsi, untuk jagaan jangka panjang.
- Penjaga berpengalaman 24/7
- 4 hidangan berkhasiat sehari
- Penjagaan diri & kebersihan
- Bantuan ubat & pemantauan kesihatan
- Pengemasan & dobi
- Senaman fisioterapi asas
- Aktiviti harian & kemaskini keluarga
Bilik 2 penghuniPremium Shared
Semua dalam Standard Care, ditambah:
- Bilik premium untuk 2 penghuni
- Privasi yang lebih baik
- Konsultasi keluarga keutamaan
- Pemantauan kesejahteraan tambahan
Bilik persendirianPrivate Room
Semua dalam Premium Shared, ditambah:
- Bilik persendirian
- Privasi & keselesaan maksimum
- Sesuai untuk yang perlukan suasana tenang
- Pelan jagaan peribadi
Jagaan Harian (Day Care)
Untuk anak yang bekerja. Hantar pagi, ambil petang. Termasuk pengawasan, makan, ubat, pemantauan kesihatan dan aktiviti bersama penghuni lain.
Semua pakej tertakluk kepada penilaian kesihatan dan kesesuaian fasiliti. Susunan fleksibel boleh dibincang mengikut keperluan dan tempoh penginapan.
Jaga di rumah, atau di Royal Care?
Laraskan anggaran kos menjaga ibu atau ayah di rumah selama sebulan, kemudian bandingkan dengan pakej kami.
- 1Laraskan kos di rumahSeret setiap slider ikut anggaran perbelanjaan keluarga anda sekarang, atau yang dijangka.
- 2Pilih pakej Royal CareTekan Standard, Premium atau Private untuk lihat perbandingannya.
- 3Lihat beza dan tanya kamiJumlah jimat sebulan dan setahun dikira terus. Tekan butang WhatsApp untuk hantar anggaran ini kepada kami.
Tiga langkah mudah.
Berbual
WhatsApp atau telefon kami. Ceritakan keadaan ibu atau ayah anda.
Penilaian
Datang melawat. Kami buat penilaian kesihatan dan cadangkan pakej yang sesuai.
Jagaan bermula
Kami bantu urusan kemasukan, sediakan bilik dan kemaskini keluarga secara berkala.
Diterajui doktor dan profesional kesihatan.
Struktur organisasi Royal Care, daripada lembaga pengarah hingga ke pasukan yang menjaga penghuni setiap hari.
Pentadbiran & Kewangan
Puan RoseKetua Pentadbiran- Eksekutif Pentadbiran
- Eksekutif Akaun
- Khidmat Pelanggan
Kejururawatan & Jagaan
Dr Taufik RahmatKetua Kejururawatan & Jagaan- Pengurus Jururawat
- Penjaga Kanan
- Penjaga
Pemulihan
Pasukan TerapiKoordinasi pemulihan- Ahli Fisioterapi
- Ahli Terapi Cara Kerja
- Ahli Terapi Pertuturan
Perkhidmatan Perubatan
Dr Taufiq EliasDoktor Pelawat- Doktor Pelawat
- Panel Pakar
Kerohanian & Aktiviti
Dr HalimKetua Kerohanian & Aktiviti- Ustaz / Guru Agama
- Penyelaras Aktiviti
Khidmat Sokongan
Pasukan SokonganOperasi harian- Pengemasan
- Dapur
- Dobi
- Pemandu
Mari bincang jagaan yang sesuai untuk orang tersayang.
Kami balas WhatsApp dengan cepat. Lawatan ke pusat boleh diatur pada hari yang sesuai untuk keluarga.